E-Book dan Video
November 3, 2009 by eddywijaya · Leave a Comment
Digital-Pages pada mulanya di bangunkan adalah untuk menjual e-book,Video, lamanweb dan artikel kepada para IM (Internet Marketer) di mana e-books dan video ini memberi ilmu bagaimana memulakan perniagaan internet dan juga bagai mana untuk berjaya di bidang ini, manakala artikel amat sesuai untuk di jadikan kandungan sesebuah blog atau pun laman web. Sebahagian dari e-book ini adalah hasil dari penulisan IM yang telah berjaya dari luar negara. mereka berkongsikan pengalaman dan teknik2 untuk menjana pendapatan dari internet ini. Digital- Pages mempunyai lebih 1000 produk berasaskan e-books, video, laman web software dan artikel. Dari lebih 1000 produk tersebut, digital-pages hanya berjaya menjual beberapa sahaja. Berkemungkinan teknik pemasaran yang di mulakan tidak betul. Namun pada saya, ianya masih berbaloi kerana pelbagai yang saya pelajari dengan memulakan perniagaan internet dengan menjual produk digital ini.
